SEORANG pelajar perempuan melalui saat indah apabila mengakui bercita-cita menjadi pelakon ketika bersalaman dengan Putera Harry dalam lawatan ke Birmingham. Ketika itu, Harry ditemani tunangannya yang juga aktres Meghan Markle ke bandar itu sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Mendengar pengakuan budak perempuan itu, Harry terus menarik tangannya dan membawanya ke arah Meghan. Sophia Richards sememangnya tidak menyangka berpeluang bertemu dengan pelakon drama bersiri Suits itu. Pelajar berusia 10 tahun itu dengan senyuman manis terus bersalaman dan reaksi Meghan begitu spontan memeluknya. Sophia berkata, Putera Harry memberi kata-kata semangat kepadanya sebaik mendapat tahun dia mahu menjadi pelakon. "Dia kata, "Kami perlu yakin barulah dapat mencapai impian yang diingini. "Meghan pula berkata, dia mahu lihat saya menjadi pelakon satu hari nanti," kata pelajar bertuah itu. Bakal pengantin diraja itu mendapat sambutan hangat ketika melakukan lawatan rasmi di situ. Keduanya bakal melangsungkan perkahwinan Mei ini dalam majlis yang akan dihadiri tetamu kehormat seluruh dunia dan juga rakyat tempatan.