SEORANG pengantin perempuan ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan khayal selepas dia terbabit dalam kemalangan kereta dalam perjalanan ke majlis perkahwinannya sendiri. Amber Young, 32, sedang memakai gaun pengantin apabila dia digari dan dimasukkan ke dalam kenderaan polis dalam kejadian di Marana, selatan Arizona, 30 batu di utara Tucson. Tidak dapat dipastikan mengapa Young bersendirian menuju ke majlis perkahwinannya, tetapi difahamkan dia terbabit dalam tiga perlanggaran semasa dalam perjalanan. Jurucakap polis Sgt. Chriswell Scott berkata seorang lelaki mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut. Tidak diketahui sama ada Young mempunyai seorang peguam yang boleh memberi komen bagi pihaknya. Scott menulis tweet: "Jangan memandu dalam keadaan khayal, tiada apa yang boleh ditolong jika berlaku kematian." Young telah dibawa ke balai polis untuk siasatan dan dibebaskan tanpa dipenjarakan. Tidak diketahui apa seterusnya berlaku dengan perkahwinannya. -AP