suria

Bayi Kritikal Akibat 'Dihempap' Epal

BEIJING: Hanya kerana sebiji epal yang dibuang dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Shenzhen, seorang bayi berusia tiga bulan kini masih dalam keadaan kritikal.

Insiden pada 9 Mac lalu itu berlaku ketika bayi malang itu, Fanfan bersama ibu bapanya dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka.

Menurut nenek bayi berkenaan, epal yang dibuang itu terkena tepat pada kepala cucunya.

"Sebaik kejadian itu, muka Fanfan bertukar pucat, kepalanya membengkak dan hingga kini masih koma," katanya sambil menambah epal itu berkecai akibat impak kuat.

Ujian imbasan CT mendapati bayi itu mengalami pendarahan otak, selain tempurung kepalanya retak, demikian lapor Sina News.

Setakat ini, bayi berkenaan telah menjalani dua pembedahan, bagaimanapun Fanfan masih belum menunjukkan reaksi positif dan berada dalam keadaan koma.

Media tempatan melaporkan, doktor sedang berusaha menyelamatkan nyawa bayi tersebut.

Susulan itu, polis daerah Tangxia melancarkan siasatan bagi mengenalpasti pihak bertanggungjawab  yang melemparkan epal berkenaan. - Dailymail

Fanfan, Shenzhen

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia