suria

Tular Pelajar Terkencing Ditahan Polis

DITANGKAP oleh pihak polis semasa menunggang motosikal tanpa lesen adalah satu perkara yang memalukan.

Tetapi lebih memalukan apabila terkencing kerana ketakutan apabila ditahan.

Lebih malang lagi, jika polis mengambil gambar anda dengan seluar yang basah dan memuat naik gambar itu di media sosial sebagai memberi amaran dan pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan sama.

Itulah yang berlaku kepada remaja Indonesia ini, yang gambarnya dalam keadaan berseluar basah dimuat naik di akaun Instagram rasmi polis Bandung.

Tetapi, dia patut bersyukur kerana wajahnya telah ditutup bagi mengelakkan dirinya lebih malu.

Bagaimanapun, pemeriksaan menunjukkan posting tersebut telah dipadam dari akaun tersebut.

Keterangan gambar pada posting itu ditulis: "Ditangkap melanggar undang-undang, budak sekolah ini terkencing dalam seluar".

Apabila pegawai itu menghentikan pelajar sekolah menengah ini yang menunggang motosikal di jalan raya, dia segera terkencing dalam seluar, namun tidak dapat dipastikan sama ada dia benar-benar tidak tahan untuk buang air kecil atau kerana dia benar-benar takut dihukum.

lesen, polis

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia