suria

Bukan Edit, Tapi Wajahnya Bertukar Imej Negatif Filem

Wajah Adam Curlykale seakan imej negatif filem. Foto Instagram Adam Curlykale

JIKA melihat gambar-gambar Adam Curlykale di laman sosial Instagram, pasti ramai yang menyangka pemuda itu mengeditnya menggunakan 'filter' negatif filem.

Namun imej tersebut adalah yang asli sebagaimana wajahnya kini.

Imej tersebut selepas dia membuat tatu pada keseluruhan wajahnya, termasuk mewarnakan matanya dengan warna kelabu.

Jambang dan bulu pada wajahnya pula diwarnakan putih, sekali gus menjadikan pemuda berusia 32 tahun kelihatan seperti orang 'negatif filem'.

Adam membuat tatu pertama kali semasa usianya 20 tahun, dengan pesanan ringkas di lengannya yang membawa maksud 'diri saya'.

Setakat ini, 90 peratus badannya dipenuhi tatu dan tidak berhenti melakukannya sehingga meliputi 99 peratus.

Menurut Adam, dia berhasrat untuk membiarkan satu peratus lagi tanpa tatu tetapi merahsiakan perkara itu. - odditycentral


Adam Curlykale

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan