SEORANG pengacara televisyen yang merupakan orang kurang upaya (OKU) terkandas di dalam sebuah pesawat selama 40 minit selepas kakitangan membawa keluar kerusi rodanya. Sophie Morgan, 33, dibiarkan menunggu selama 40 minit di dalam pesawat yang kosong sebaik mendarat di Lapangan Terbang Gatwick, London pada pagi Selasa. Morgan lumpuh separuh badannya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2003. Dia memuat naik gambar dirinya di dalam pesawat yang kosong itu di laman sosial Twitter. Tulisnya: "Apa gunanya? Tolonglah melayan kami dengan lebih respek. Kakitangan anda sangat membantu tetapi sistem secara keseluruhannya menyedihkan." Seorang jurucakap kepada Gatwick berkata, mereka memohon maaf di atas layanan yang diberikan kepada Morgan. - Mirror UK