BERATUS-ratus warga Rusia bertindak memakai bikini sambil bermain ski bagi memecah rekod dunia. Selain itu, ratusan pemain ski dan papan luncur salji lain turut memakai pakaian renang di Sochi, Rusia pada Sabtu. Dipercayai kira-kira 1,800 orang menyertai acara itu, ada yang berbikini, berseluar pendek dan pakaian renang. Pada masa ini, gelaran Rekod Dunia Guinness bagi karnival ski di Sochi dua tahun lalu, dengan 1,008 peserta. Suhu mencecah 12 darjah Celsius di Sochi pada Sabtu. Lebih ramai peserta kali ini berbanding tahun lalu kerana lebih banyak salji. Sochi merupakan bandar peranginan yang menganjurkan temasya Sukan Musim Sejuk Olimpik pada 2014. - Mirror UK