HANYA kerana 'uban Meghan Markle' ia mencetuskan kemarahan netizen, terutama pengikut-pengikutnya. Satu artikel dalam majalah Marie Claire pada Khamis, menyatakan bahawa wanita berusia 36 tahun itu hanya mempunyai sehelai uban, sekali gus menunjukkan dia juga adalah 'manusia'. Ia membangkitkan kemarahan netizen yang tidak setuju apabila perincian sekecil itu dibuat terhadap bakal keluarga diraja. Ramai yang 'menyerang' laman web majalah itu di Twitter, tetapi ada juga pengguna yang bergurau dan menjadikannya sebagai bahan lawak tentang uban mereka sendiri. Artikel tersebut bertajuk: 'Meghan Markle Mempunyai Sehelai Uban', sementara tajuk kecilnya ditulis 'Dan itu luar biasa'. Dalam artikel itu, ia merujuk kepada gambar Meghan dan Putera Harry yang berkunjung ke Catalyst Inc, sebuah taman sains di Belfast, Ireland Utara pada 23 Mac. Walaupun artikel tersebut tidak menulis ke arah negatif, beberapa pengguna media sosial tetap marah kerana ia diterbitkan.