suria

Menyusu anak atas lantai sambil jawab kertas peperiksaan, akhirnya...

GAMBAR  seorang ibu dilihat menyusukan anaknya yang berusia dua bulan sambil menjawab kertas peperiksaan kemasukan ke universiti tular.

Tindakan menyentuh hati ibu muda berkenaan, Jahantab Ahmadi menjawab kertas peperiksaan di atas lantai sambil memangku bayinya tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pensyarah.

Jelas Jahantab, dia mengambil keputusan untuk duduk di atas lantai kerana tidak mahu bayinya itu menangis dan menggangu pelajar lain yang sedang menjawab kertas peperiksaan.

"Saya juga duduk di lantai bagi menghalang cahaya panas terkena anak. Jadi saya berlindung di sebalik kerusi.

"Ada beberapa kali anak saya menangis dan risau jika saya disuruh keluar.

"Saya juga risau jika keluarga saya melihat gambar ini di laman sosial," ujarnya kepada BBC.

Jahantab (kiri) bersama Presiden Kedua Faganistan.

Jahantab dan anaknya mengambil masa selama tujuh jam untuk mengambil peperiksaan tersebut.

Usaha Jahantab itu akhirnya berbaloi apabila ditawarkan untuk menyambung pengajiannya dalam bidang ekonomi di sebuah universiti terkemuka di Kabul.

Malah yuran pengajian juga dibayar oleh salah seorang ahli politik wanita Afganistan.

Lebih bertuah, Jahantab turut menerima penginapan di sebuah flat secara percuma selama setahun oleh Presiden Kedua Afganistan.

"Saya mahu berkhidmat kepada semua golongan wanita di kampung saya.

"Malah ada juga rasa kesian kepada mereka (wanita) yang tidak dibenar untuk mendapat pelajaran."

Ibu muda, Peperiksaan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain