suria

Kafe ajak pengunjung baring dalam keranda

BANGKOK: Lari daripada tema biasa yang mengetengahkan aspek keceriaan dan menenangkan, sebuah kafe di utara bandar ini memperkenalkan konsep 'kematian' dalam mempromosi perniagaan mereka.

'Kafe kematian' Kid Mai menampilkan dekorasi menyerupai majlis pengebumian di mana keseluruhan kafe telah di cat warna hitam dan dihias kalungan bunga yang biasanya dihadiahkan kepada keluarga si mati.

Ternyata ia sinonim dengan maksud Kid Mai yang bererti "fikirkan sesuatu yang baharu" apabila pengunjung dapat merasai pelbagai pengalaman pelik ke premisdi Khwaeng Samsen Nai, Khet Phaya Thai itu.

Menu makanannya pula mempunyai nama seperti 'penuaan', 'kesakitan' dan 'kematian', untuk mendapatkan diskaun istimewa, pengunjung boleh berbaring di dalam keranda yang disediakan sambil mengambil gambar.

Laporan AFP seperti dipetik Sinar Harian menyebut pemilik kafe unik tersebut, Veeranut Rojanaprapa yang juga seorang profesor dan penyelidik sosial berkata konsep kematian dipilih untuk mengingatkan masyarakat supaya menghargai kehidupan yang singkat ini.

"Mempunyai kesedaran terhadap kematian mengurangkan perasaan tamak dan marah, kita akan mempunyai niat untuk berbuat baik," ujarnya. 

 

Kid Mai, Bangkok

Artikel Lain