PENGASAS bersama Apple, Steve Wozniak dedah formula untuk berjaya dalam hidup. Wozniak berkata, dia menemui formula untuk berjaya ketika berusia 20 tahun. "Saya yakin falsafah hidup bermula ketika berusia 20 tahun...Apa anda buat dalam kehidupan?...Bagaimana untuk menjadi orang baik? "Jika saya mati dan mempunyai semua kekayaan ini, adakah saya gembira seperti mana ketika saya gelak? "Saya ada terfikir mengenai usikan dan gurauan serta jenis muzik yang saya dengar serta perkara boleh membuatkan saya gembira, dan seterusnya saya dapat hasilkan formula sendiri untuk hidup dalam kegembiraan," lapor CNBC. Dia mengakui wang memainkan perananan utama tetapi Wozniak lebih suka perkara yang senang dalam hidupnya. "Mungkin duit merupakan kejayaan yang boleh membuatkan kamu gembira - tetapi bagi saya hanya sikap rendah diri, ketawa serta sentiasa senyum sahaja. "Jadi saya hasilkan formula: Gembira (happiness) sama dengan senyum (smile) tolak berkerut (frown). H+S-F," jelas Wozniak. Wozniak yang dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai $100 juta, memberitahu kunci untuk mengurangkan kedukaan dalam hidup. "Bagaimana kamu cuba tidak berkerut? Saya berjaya mengatasinya. "Tidak peduli banyak kamu menghadapi (masalah) dan berkerut. Biarkan perkara itu berlaku. Perkara buruk akan berlaku dalam hidup dan kamu hanya cakap," Hey, kereta saya ada calar, saya akan baikinya," jelas Wozniak.