suria

China catat sejarah biak 6 bilion lipas setahun

BANGUNAN beberapa tingkat itu dipenuhi lorong sempit yang dipenuhi rak yang menempatkan air dan makanan.

Suasananya panas, gelap dan lembap sepanjang masa dari saat menetas, habitat ini tidak pernah dipenuhi cahaya.

Walaupun umpama penjara, situasi itu mampu meletakkan China sebagai negara yang memiliki premis pembiakan lipas terbesar dunia.

Angkanya mencecah enam bilion setahun.

Ia sebahagian proses pengeluaran untuk tujuan kesihatan dan ia menjadi pilihan jutaan rakyat negara itu, demikian menurut kerajaan China.

Banyak kemudahan pembiakan lipas di China termasuk di Xichang, selatan wilayah Sichuan di mana hasilnya untuk kegunaan kesihatan atau sumber protein untuk haiwan ternakan.

Premis pembiakan di Xichang yang dilengkapkan dengan sistem pengumpulan data menempatkan hampir 800,000 seranggan yang menjagi 'penghuni'.

Saintis tempatan dari Institut Zoologi, Profesor Zhu Chaodong berkata, tentunya menggerunkan jika berlaku kemalangan di premis ini.

Lebih-lebih lagi, premis itu terletak berdekatan dengan lapangan terbang Qingshan.

Berdasarkan laporan kerajaan, premis itu telah menghasilkan pendapatan mencecah 4.3 bilion yuan (AS$684 juta) setahun dengan mengeluarkan produk berbentuk cecair yang berasaskan lipas.

Lebih 40 juta pesakit bermasalah pernafasan, gastirk dan beberapa penyakit lain menggunakan produk berkenaan, malahan ia juga dijual di lebih 4,000 hospital seluruh China. 

Setiap bungkusan produk itu mengandungan dua botol 100 mililiter berharga lebih 50 yuan (AS$8).-SCMP





Xichang, lipas

Artikel Lain