SEORANG lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol bertindak keterlaluan apabila meraba buah dada penumpang lain serta menumbuk krew sebuah pesawat. Robertas Bajalis,30, turut menarik klip tali leher ketika bertindak mabuk dan berkelakuan agresif ketika berada dalam pesawat Ryanair dari Riga, Latvia menuju ke Britain Mac lalu. Bajalis juga bertindak melampau dengan menarik anak kapal wanita dari bahagian belakang dan laporan serangan dibuat ke atasnya. Dia ditahan sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di Manchester. Bajalis mengaku melakukan serangan seksual ketika perbicaraan di Mahkamah Majistret Manchester. Dia telepas hukuman penjara selepas membuat permohonan maaf di atas kelakuannya. Dia turut diarah untuk mendaftar sebagai Pesalah Seks Berdaftar selama tujuh tahun dan dikenakan denda sebanyak 500 pound perlu dibayar kepada semua mangsa. Bapa kepada dua orang anak itu dilaporkan berparti dan mengambil beberapa jenis minuman keras pada malam sebelum menaiki pesawat keesokan harinya.