suria

Singa gaya ala hipster pikat pengunjung

NAIROBI: Seekor singa dengan gaya rambut seperti hipster di Taman Negara Nairobi telah menarik perhatian seorang jurugambar profesional.

Paras Chandaria yang pernah memenangi anugerah jurugambar hidupan liar terbaik mengatakan bahawa wajah singa tersebut kelihatan cukup bergaya.

Singa itu digambarkan tampil dengan rambutnya yang terpacak dan janggut yang tidak dicukur seakan-akan mendapat sedikit dandanan untuk kelihatan sebegitu.

“Saya merasakan rambutnya cukup hebat dan terpanggil untuk mengambil gambarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Chandaria memberitahu bahawa dia sering ke taman tersebut sambil memandu kenderaan untuk mengambil gambar haiwan liar tersebut.

Katanya, dia mula meminati hidupan liar dan keindahan alam semula jadi sejak dari kecil lagi.

“Gambar yang dirakam menerusi kamera saya membuktikan bagaimana cara kehidupan sebenar hidupan liar tersebut.

“Setiap gambar juga mempunyai nilai kreatif dan emosi yang dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai keindahan hidupan liar di sekeliling kita,” ujarnya. – DailyMail


Nairobi, singa, hipster

Artikel Lain