suria

Anak ke-14 juga lelaki dan ibu bapa menamakannya...

TIGA belas anak lelaki dan kini pasangan suami isteri ini mempunyai anak yang ke-14, juga lelaki.

Pasangan dari Michigan, Amerika Syarikat ini, Kateri dan Jay Schwandt melihatnya sebagai satu perkara lucu.

Anak mereka yang ke-14 telah dinamakan Sheboygan, mengambil nama seorang penduduk asal Amerika yang mempunyai ramai anak lelaki, kata Schwandt.

Schwandt memberitahu media AS, menurut cerita orang dulu-dulu, apabila bayi pasangan itu mendapati bayi yang keluar 'sekali lagi lelaki', bapanya telah menamakan anaknya itu 'Sheboygan' (she is a boy again).

Nama penuh anak bongsu pasangan ini adalah Finley Sheboygan Schwandt.

Schwandt mendakwa walau tiada anak perempuan, mereka merancang untuk tidak mempunyai anak ke-15 walaupun dia menyatakan perkara sama sebelum ini.

Anak sulung pasangan itu dilahirkan lebih dari 25 tahun lalu.

Dokumentari mengenai keluarga ini akan disiarkan pada bulan Jun. -USA Today Network

anak lelaki, Sheboygan

Artikel Lain