suria

Dua tahun, wanita 'pisau cukur' dedah kikis harta 200 lelaki

-foto Mars People XFile

PROGRAM TV popular Korea Selatan 'Mars People XFile' baru-baru ini memaparkan kisah seorang wanita muda yang mendakwa mengadakan janji temu dengan 200 lelaki dalam tempoh dua tahun semata-mata untuk mengikis harta atau wang mereka.

Wanita berkenaan, Han Mirim, mengakui ada kalanya dia berpisah dengan lelaki pada hari yang sama mereka bertemu, hanya kerana mereka mahu mengasingkan bil selepas makan di restoran atau hanya kerana mereka tidak bersedia untuk membelikannya hadiah atau menyara kehidupannya.

Mirim mendakwa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia telah mengadakan pertemuan dengan hampir 200 lelaki berbeza dan menerima sekitar 1 juta won (RM361,000) dalam bentuk hadiah, seperti barang kemas, pakaian atau gajet.

Mirim nampaknya sangat terbuka tentang sikap materialistiknya, menyatakan bahawa dia tidak dapat menjalinkan hubungan yang lama dengan sesiapa pun, kerana mereka tidak dapat memenuhi tuntutan kewangannya.

Jadi dia hanya meninggalkan mereka dan mencari lelaki lain untuk dijadikan 'mangsa' seterusnya.

'Mars People XFile' telah mengikut Mirim mengadakan janji temu dengan mangsa terakhirnya, yang mana dia tidak henti-henti mengadu tentang bil telefon bimbitnya yang tinggi sehingga lelaki itu menawarkan untuk membayarnya.

-foto Mars People XFile

Semasa makan malam, lelaki itu cuba memintanya membayar bil makan malam kerana dia telah membayar bil telefon 100,000 won (RM361), tetapi dia tidak memiliki wang, jadi akhirnya lelaki itu yang perlu membayar kesemuanya.

Ditanya sama ada dia bimbang jika teman lelakinya kebetulan menonton program itu, Mirim hanya berkata: "Jika kami berpisah, saya tidak dapat menghalangnya!"

Bagaimanapun kisah materialistik Mirim tidak diterima baik oleh penonton dengan ramai yang menyatakan pandangan mereka di media sosial.

Ada juga yang mencari dirinya dalam talian dan mula meninggalkan komen kebencian yang akhirnya mendorong wanita muda itu untuk bertindak balas.

"Saya beritahu bahawa saya telah berjumpa dengan kira-kira 30 lelaki tetapi penerbit berkata ia 'tidak cukup kuat'," kata Mirim dalam satu forum popular.

"Orang lain yang muncul dalam rancangan ini mengadakan janji temu dengan sekitar 117-119 orang. Mereka tanya sama ada mereka boleh membesar-besarkan cerita dan saya bersetuju. Orang yang saya temui juga perlu menjalani uji bakat. Saya menjadi mangsa kepada beribu-ribu komen kebencian.”

Bagaimanapun, stesen televisyen Korea Selatan tvN bertindak balas terhadap dakwaan wanita itu, menyatakan bahawa 'penerbit menafikan tidak mereka atau membesar-besarkan sebarang cerita dan menambah bahawa Mirim mesti memberikan penjelasannya setelah mendapat maklum balas negatif'.

pisau cukur, kikis harta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain