suria

Rajini lebar sayap politik di AS, Kanada

BINTANG terkenal Rajinikanth mengorak langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya dalam dunia politik.

Kali ini, pelakon itu membuktikan dirinya mempunyai peminat bukan saja di sekitar India, malahan seluruh dunia termasuk Jepun, Malaysia, Singapuran dan juga Amerika Syarikat (AS).

Rajini mengumumkan dirinya akan menceburi politik awal tahun ini menerusi parti Rajini Makkal Mandram (RMM).

Terkini, persiapan sedang dilakukan untuk melancarkan penubuhan cawangan partinya di Kanada dan AS.

Pelancaran parti berkenaan di AS dijadualkan diadakan pada di Washington DC pukul 3 petang, 6 Mei ini.

Ketika ini, Rajinikanth dalam rangka lawatan ke AS selama dua minggu.-IndiaToday

Rajini, RMM

Artikel Berikut

Artikel Lain