suria

Hilang tangan diserang buaya, pengantin teruskan majlis kahwin

Walaupun hilang sebelah tangan, pasangan itu meneruskan perkahwinan mereka. Foto JAMIE PYATT NEWS LTD

SEORANG wanita hilang sebelah tangannya selepas digigit buaya, hanya beberapa hari sebelum melangsungkan majlis perkahwinannya.

Pengantin lelaki warga Britain, Jamie Fox dan bakal pengantin perempuan, sedang berkanu di Sungai Zambezi di selatan Afrika ketika kejadian berlaku.

Pengantin perempuan yang merupakan bekas pemain tenis warga Zimbabwe, Zanele Ndlovu diserang semasa menaiki kanu.

Jamie cuba menyelamatkannya tetapi nyawa Zanele berisiko kerana kehilangan banyak darah.

Dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan untuk menyelamatkan nyawanya, tetapi kehilangan hampir sebahagian sebelah tangannya.

Zanele Ndlovu dengan keadaan tangan kanannya yang putus akibat diserang buaya.

Seorang kenalan kepada keluarga pasangan itu memberitahu pasangan tersebut bernasib baik kerana terselamat dalam tragedi itu.

Walaupun melalui detik hitam sehingga meragut tangan kanannya, Zanele dan pasangannya meneruskan majlis perkahwinan dan dibenarkan untuk melakukan upacara itu di hospital.

Dipercayai pasangan tersebut pergi ke Air Terjun Victoria dekat Sungai Zambzi untuk berkahwin.

Bagaimanapun, insiden diserang buaya itu menyebabkan lokasi majlis perkahwinan terpaksa diubah.

Majlis perkahwinan penuh emosi itu menyaksikan pengantin perempuan dilihat memakai gaun putih tanpa lengan berjalan ke gereja dengan keadaan sebelah tangannya yang kudung dibalut, dan tangan kirinya memegang sejambak bunga. - Mirror UK

Artikel Lain