PARIS: Sebuah muzium terkemuka di bandar raya ini mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi yang pertama untuk membuka pintu kepada pengunjung bogel. Muzium Palais de Tokyo yang terletak di daerah Trocedero telah membenarkan pengunjung istimewa itu menikmati hasil seni dalam keadaan tubuh mereka tanpa seurat benang. Komuniti itu telah diberi ruang untuk melawati muzium seni kontemporari itu pada waktu malam 5 Mei baru-baru ini. Ia sebahagian daripada usaha golongan tersebut untuk menggalakkan penerimaan aktiviti 'bebas pakaian'. Sebelum ini, restoran dan taman bogel dibuka di ibu kota Perancis itu. Penganjur melarang pengunjung bersentuhan antara sama lain sambil menambah mereka berusaha menarik lebih ramai pengunjung lebih muda. -Independent