suria

3,000 lebah terlepas dalam trak, pemandu akhirnya...

SEORANG penternak lebah dari North Carolina, berdepan satu pengalaman yang dianggap ngeri oleh kebanyakan orang, tetapi tidak bagi dirinya.

Wallace Leatherwood memandu sejauh 40 batu bersama beribu-ribu ekor lebah di dalam traknya, tetapi langsung tidak disengat.

Leatherwood, Selasa lalu, membeli kira-kira 18,000 ekor lebah dari Wild Mountain Bees di Weaverville dan meletakkannya di bahagian belakang trak.

Tetapi sebelum memandu pulang ke Waynesville, dia berhenti di sebuah restoran tempatan untuk makan tengah hari.

Disebabkan tiada tempat teduh untuk melindungi lebahnya, dia mengambil ketiga-tiga kotak tersebut dan memindahkannya ke dalam trak.

Malangnya Wallace tidak menyedari bahawa salah satu daripadanya tidak ditutup dengan kemas, jadi apabila dia kembali, dia mendapati traknya dipenuhi sekitar 3,000 ekor lebah.

"Saya tak ada tempat teduh untuk mereka," kata Leatherwood kepada stesen berita tempatan WLOS-13.

"Ketika saya kembali, saya nampak lebah berterbangan, saya tak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Saya tak mahu kehilangan lebah yang harganya AS$165 setiap kotak," kata penternak lebah itu.

Jadi dia tidak meninggalkan trak dan melarikan diri, sebagaimana yang akan dilakukan oleh orang yang diserang lebah.

Sebaliknya dia hanya masuk ke dalam trak dan memandu sejauh 40 batu menuju Waynesville.

Leatherwood berjaya merakamkan keadaan dirinya di dalam trak yang dipenuhi lebah untuk anaknya.

"Ia dah keluar, kita ada masalah. Houston, kita ada masalah," katanya dalam video itu, yang tular.

Pemandangan luar biasa seorang lelaki memandu trak dipenuhi lebah turut mendapat perhatian seorang lelaki, Brandon Singleton, di Canton, Carolina Utara, dan videonya juga tular.

Mengagumkan, Leatherwood berjaya memandu pulang tanpa disengat.

Dia bagaimanapun mengakui mendapat beberapa sengatan ketika mengeluarkan lebah dari trak itu.

lebah

Artikel Lain