suria

Teruja 'layan' video lucah, lelaki hiris kemaluan sendiri

SEORANG lelaki dikejarkan ke hospital gara-gara mencederakan kemaluannya sendiri ketika menonton video lucah dalam kejadian tidak jauh dari Bangkok, Thailand.

Whisanu Srisanao, 30, sedang menonton video lucah di telefon bimbitnya di sebuah apartment.

Mungkin terlalu teruja, dia mengiris kemaluannya tanpa disedari.

Namun apabila kemaluan berdarah, Srisanao panik dan cuba untuk menghentikan pendarahan itu sebelum menghubungi unit kecemasan paramedik.

Doktor tiba pukul 10.45 malam dan menemuinya dalam keadaan berbogel sambil memegang kemaluannya.

Dia memberitahu sedang menonton video lucah dan memotong kemaluannya.

"Lelaki itu enggan bekerjasama sepenuhnya.

"Dia hanya memberitahu 'saya tengok porno, saya tengok porno".'

"Dia juga menyalahkan adegan dalam video itu kerana membuatnya teruja. Dia tidak memberitahu selanjutnya.

"Kami menyediakan pembantu perubatan dan menghantarnya ke hospital."

Pada Selasa, Srisanao yang dimasukkan ke Hospital Navamin 9 dijangka akan keluar selepas tidak mengalami cedera parah dan hanya parut sahaja.-DailyMail

Video lucah, hiris kemaluan

Artikel Sebelum

Artikel Lain