MEGHAN Markle tidak dapat menahan lagi untuk senyum dan ketawa apabila suaminya, Putera Harry 'diserang' lebah ketika berucap di hadapan khalayak buat pertama kali selepas pasangan itu berkahwin hujung minggu lalu. Duke dan Duchess of Sussex yang berkahwin pada Sabtu itu masih menjadi perhatian dunia, tetapi 'pengunjung tidak diundang' itu nampaknya mencuri tumpuan semasa Putera Harry berucap. Meghan dilihat tersenyum, bersama Duchess of Cornwall di sebuah majlis di Istana Buckingham di London, United Kingdom. Ketika 'gangguan' itu, Putera Harry sedang berucap di hadapan kira-kira 6,500 tetamu bagi memberi penghargaan buat bapanya sempena ulang tahun ke-70. Beliau kemudiannya terpaksa bersuara dan berkata "lebah ini betul-betul kenakan saya". Jenaka Putera Harry itu kemudian mengundang gelak tawa tetamu. - Mirror UK