suria

Chef diraja dedah tabiat Ratu Elizabeth

STATUS sebagai pemerintah Britain tidak menghalang Ratu Elizabeth untuk melakukan apa yang disukainya.

Tidak ramai yang tahu tabiat Ratu Elizabeth ketika keluar dari Istana Buckingham.

Ratu Elizabeth sentiasa membawa bersama kek kegemarannya ke mana saja beliau pergi.

Kek kegemaran beliau adalah kek biskut coklat buatan sendiri.

Kek tersebut akan sentiasa diisi di dalam beg tangannya setiap kali keluar meninggalkan istana.

Inilah kek biskut coklat kegemaran Ratu Elizabeth.

Perkara itu didedahkan bekas chef diraja, Darren McGrady.

Darren bertugas sebagai tukang masak diraja selama 15 tahun dan mendedahkan perkara itu dalam satu temu bual bersama Harper Bazaar.

Malah Darren turut berkata Ratu Elizabeth tidak gemar makan ubi kentang, pasta dan bawang putih.

"Sekarang kek biskut coklat adalah satu-satunya kek yang akan diulang setiap hari sehingga ia habis dimakan.

"Beliau akan ambil potongan kecil kek itu setiap hari," katanya.

Jelas Darren, kek itu juga turut digemari Putera William dan Putera Harry.

Malah William turut meminta agar kek itu dihidangkan pada majlis perkahwinannya bersama Kate Middleton pada 2011.

Artikel Lain