suria

Air 'hot dog' berharga RM150 guna teknik pemasaran palsu laris dijual

APABILA sebut tentang makanan atau minuman, sudah tentu ia sesuatu yang mengujakan untuk mencuba perkara baharu.

Tetapi, tidak bermakna sesuatu yang dibungkus itu mendakwa ia memberikan manfaat kesihatan, ia wajar dibeli.

Itu adalah mesej yang ingin disampaikan oleh seorang ahli seni dari Kanada yang cuba melakukan eksperimen pada festival jalanan di Vancouver.

Ketua pegawai eksekutif Hot Dog Water, Douglas Bevans mendirikan gerai pada Festival Hari Tanpa Kereta dan mula menjual botol air sosej yang tidak ditapis pada harga C$50 (RM151).

Air tersebut telah digunakan untuk memasak sosej.

Douglas mendakwa air itu dapat membantu pelanggan untuk menurunkan berat badan, kelihatan muda dan meningkatkan fungsi otak.

Air itu dihasilkan sebagai bukti bagaimana pemasaran kesihatan yang terpesong boleh disalahgunakan.

Bercakap kepada Global News, Douglas berkata: "Protein daripada Hot Dog Water membantu badan anda menyerap kandungan air, sodium dan semua yang diperlukan selepas melakukan senaman.

"Kami telah menghasilkan resipi, menggunakan ramai orang yang berusaha menjalankan kajian dan latar belakang dalam sains untuk menghasilkan versi Hot Dog Water terbaik yang kami mampu.

Satu brosur yang mengandungi testimoni daripada golongan profesional termasuk pakar nutrisi yang menerima Anugerah Nobel, Dr Cynthia Dringus yang berkata: "Hot Dog Water adalah air kelapa yang baharu!"

Brosur tersebut mendakwa: "Hot Dog Water dapat menggalakan pemikiran kritikal dan memainkan fungsi penting dalam melakukan pilihan ketika membeli."

Menurut Douglas, terdapat beberapa orang yang dapat menghidu bahawa ia adalah palsu, tapi orang lain tidak mempunyai idea bahawa ia satu bentuk penipuan.

Hot Dog Water

Artikel Sebelum

Kenapa pilih Neve Te Aroha

Artikel Berikut

Artikel Lain