suria

11 sekeluarga maut tergantung

SEBELAS sekeluarga ditemui tidak lagi bernyawa maut dalam keadaan tergantung menggunakan wayar dengan mata ditutup.

Polis Delhi bergegas ke lokasi bersama pasukan forensik ke Burari di utara Delhi sebaik mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada pagi Ahad.

Mayat ahli keluarga itu melibatkan tujuh wanita dan empat lelaki, termasuk seorang warga tua wanita, anak lelakinya serta isteri masing-masing serta lima anak mereka dan juga anak perempuan warga tua berkenaan.

Anak ketiga warga tua itu adalah kontraktor sivil di Chittorgarh, Rajasthan.

Sepuluh daripada 11 mayat ditemui dengan mata mereka ditutup, manakala tangan mereka juga diikat.

Keluarga berkenaan memiliki kedai rumah dan perniagaan perabot di kawasan berkenaan.

"Mayat tujuh wanita dan empat lelaki termasuk tiga remaja telah ditemui. 

"Kami sedang menyiasat kes ini dalam perlbagai sudut" kata polis.

Kejadian itu terbongkar apabila jiran mereka terlihat adanya beberapa mayat bergantungan pada awal pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

Berdasarkan maklumat jiran, keluarga itu menutup kedai pada kira-kira pukul 11.45 malam pada Sabtu. 

Bagaimanapun, apabila jiran mereka ke kedai untuk membeli susu pada pagi Ahad, didapati premis itu masih belum beroperasi.

Oleh kerana rumah pemilik kedai itu terbuka, jiran berkenaan terus naik ke tingkat atas kediaman itu sebelum dikejutkan dengan kehadiran 11 mayat dalam keadaan tergantung.

Keluarga itu telah menetap di rumah dua tingkat itu sejak 20 tahun lalu.
Burari, Delhi

Artikel Sebelum

45 maut bas jatuh gaung

Artikel Berikut

Artikel Lain