suria

Mual tengok aksi tak senonoh, penghantar makanan 'kantoi'kan lelaki curang

MENDAPAT tahu bahawa anda ditipu seseorang, apatah lagi oleh teman lelaki bukan sesuatu yang menyenangkan.

Selalunya tindakan curang teman lelaki akan dibocorkan oleh rakan, jarang-jarang sekali oleh budak penghantar makanan.

Tetapi, itulah yang berlaku kepada Kayla Speer dari West Burlington, Iowa.

April lalu, dia yang berusia 23 tahun itu sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang tinggal pada jarak tiga jam dari rumahnya.

Lelaki berkenaan sedang belajar untuk peperiksaan akhir dan bagi menunjukkan keprihatinannya, Speer memesan sandwic dari premis Jimmy John dan meminta makanan dihantar ke alamat teman lelakinya.

Proses penghantaran berjalan seperti yang dirancang tetapi dia tidak menyangka restoran itu menelefonnya semula untuk melaporkan apa yang mereka lihat.

Dalam satu mesej bebenang di Twitter yang tular baru-baru ini dia menjelaskan apa yang berlaku:

"Saya mahu kongsi pengalaman saya dengan @jimmyjohns"

"Saya baru beberapa bulan menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki ketika itu. Dia tinggal agak jauh kira-kira 3 jam dari tempat tinggal saya. Dia sedang belajar tahun akhir dan sedang buat persediaan peperiksaan."

"Suatu hari ketika sedang bekerja saya terfikir mahu buat kebaikan kepada teman lelaki saya dan memesan sandwic untuk makan malamnya ketika dia sedang ulang kaji."

"Ketika buat pesanan saya beritahu pekerja @jimmyjohns pesanan itu untuk teman lelaki saya yang tinggal di bandar itu dan saya tak akan berada di tempat penghantaran kerana saya tak tinggal di situ."

"Pesanan telah dibuat dan teman lelaki saya hantar mesej beritahu dia mahu tidur sekejap. Saya mesej dia beritahu makanan sudah dalam perjalanan dan minta dia beri tip tetapi dia tak membalasnya. Saya fikir dia tertidur."

"Tak lama kemudian saya dapat mesej daripadanya mengucapkan terima kasih, sebelum dihubungi oleh @jimmyjohns"

"Saya jawab panggilan, menganggap mereka mahu beritahu makanan sudah dihantar atau kad saya bermasalah tetapi saya salah."

"Budak penghantar @jimmyjohns tanya adakah pesanan itu untuk teman lelaki saya dan saya jawab 'ya' tetapi saya tinggal jauh dengannya dan mahu buat kejutan. Saya rasa pelik sebab sebelum ini saya sudah beri penjelasan."

"Budak penghantar beritahu saya ini...'kami biasanya tak buat macam ni, tapi kami rasa kamu nak tahu tentangnya...bila kami tiba di tempat teman lelaki kamu, kami dapat lihat bahagian dalam apartmentnya dan dia sedang pakai 'boxer' bersama seorang perempuan sedang bogel di atas sofa."

"Saya tanya beberapa soalan kepada budak itu (yang kecewa dan keliru) untuk pengesahan dan akhirnya sahlah lelaki itu adalah teman lelaki saya."

"Begitulah bagaimana saya tahu bagaimana teman lelaki saya tipu saya. Oleh budak penghantar @jimmyjohns"

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka atas perkhidmatan menakjubkan. Tak ramai yang mahu buat macam tu dan saya bersyukur dia menelefon saya dan jujur mengenai situasi sebenar."

Dalam temu bual dengan BuzzFeed Speer menjelaskan bahawa budak penghantar itu berasa jelek dengan situasi itu.

"Dia rasa sangat jelek, hanya mahu pergi dari situ, cepat-cepat berikan sandwic dan tinggalkan tempat itu," katanya.

Dia kemudian mengesahkan menelefon teman lelakinya untuk mendapatkan kepastian.

"Saya beritahu dia Jimmy John baru beritahu saya tentang apa yang berlaku.

"Dan dia cuba menipu itu bukan dirinya."

Selepas cerita itu tular, semua orang memuji tindakan staf Jimmy John.

Sementara itu Jimmy John juga telah menghubungi wanita itu untuk mengadakan acara meraikan putusnya hubungan dengan teman lelakinya.

kekasih, curang

Artikel Sebelum

Artikel Lain