suria

Baru 2 tahun, tapi dah tahu nama 70 negara, bendera

KEBOLEHAN budak perempuan ini pastinya membuatkan orang dewasa berasa tercabar kerana tahap ingatannya yang tidak setanding usianya.

Masakan tidak, pada usia dua tahun, dia mampu menghafal dan mengenal pasti nama 70 negara dan ibu kotanya dengan hanya melihat bendera.

Video keletah kanak-kanak itu itu dimuat naik ke laman Youtube dan media sosial sebelum menjadi perhatian ramai.

Ia dirakam oleh ibunya, Emeraldine Hilongo di kediaman mereka di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat.

Menerusi video itu, dia ditunjukkan bendera Ukraine, Perancis dan Finlands sebelum dapat meneka nama negara itu dengan tepat.

Malah, dia juga berjaya menjawab nama ibu kota bagi negara-negata tersebut.

Menurut ibunya, kanak-kanak itu sudah boleh menyebut lebih 20 perkataan sewaktu berusia hanya 18 bulan.

Ia disahkan oleh doktor yang menganggap perkembangan mental kanak-kanak itu melebihi tahap normal untuk individu seusia dengannya.

"Kami mendapatkan kad dengan nama negara dan bendera. Tak sangka dia berminat.

"Malah, dia lebih suka bermain kad itu daripada melayan kami. Dia sentiasa mendekati kami untuk bertanyakan mengenai nama negara dan ibu kota," ujar Hilongo. - Daily Mail

budak pintar, genius

Artikel Lain