PEMBANTU rumah kepada seorang aktres Bollywood memfailkan tindakan undang-undang terhadap bekas majikannya yang didakwa menyerangnya. Esther Khes, 31, berkata Kim Sharma yang merupakan bekas pelakon, memukulnya kerana tidak mengasingkan pakaian putih daripada pakaian berwarna gelap. "Selepas pakaian-pakaian itu dibasuh, saya dapati warna baju hitam terkena baju putih. Saya tahu saya salah dan segera memberitahunya," katanya memetik Mumbai Mirror. Pembantu rumah itu mendakwa Sharma yang marah telah mengasarinya dan menolaknya keluar dari rumah dan memberikan amaran supaya tidak datang ke situ lagi. "Dia juga melemparkan kata-kata kesat kepada saya," Khes memberitahu tabloid itu. Selepas pelakon itu enggan membayar gajinya, dia memfailkan tindakan undang-undang di bawah seksyen 323 (secara sengaja menyebabkan kecederaan) dan 504 (menghina dengan sengaja dengan tujuan untuk mencetuskan kekecohan). Sharma bagaimanapun memberitahu Mumbai Mirror bahawa dia akan membayar gaji pada 7 Julai dan tidak memukulnya.