PEMAIN England, Jesse Lingard menerima kejutan daripada ibunya semasa detik kemenangan pasukan itu yang menempah tiket ke separuh akhir Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Sweden. Lingard yang juga pemain tengah Manchester United sebelum ini memuat naik gambar dirinya memegang telefon selepas kemenangan ke atas Colombia, dengan keterangan: "Tidak, ibu. Saya tidak pulang ke rumah. Ia..." No mum, I’m not coming home. It’s... pic.twitter.com/VdFHVoEfTI — Jesse Lingard (@JesseLingard) July 3, 2018 Status yang dimuat naik di Twitter jelas menunjukkan keyakinan England berdepan dengan Sweden. Lingard kemudian memuat naik status terbaru dengan video pendek menunjukkan beliau memeluk ibunya selepas kemenangan 2-0 pada Sabtu. Because i said we aint going home she came here ❤️ Love You pic.twitter.com/rEPiLVdth8 — Jesse Lingard (@JesseLingard) July 7, 2018 Menurut keterangan itu, Lingard berkata: "Kerana saya beritahu kami tidak pulang ke rumah, jadi dia datang ke sini. Sayang ibu." - Mirror UK