PERTH: Pelancong rakyat Malaysia diusir dari Australia selepas video yang memaparkan aksi perlakuan seksual ekstrim dan ganas dikesan pada telefonnya ketika pemeriksaan rutin di lapangan terbang bandar ini. Lelaki berusia 43 tahun yang namanya tidak didedahkan tiba di Kuala Lumpur pada Rabu. Dia ditahan di pusat tahanan imigresen dan dihantar pulang ke Malaysia selepas visanya dibatal, manakala telefonnya dirampas. Komander Wilayah Pasukan Sempadan Australia Barat, Mark Wilson berkata, imej yang ditemui melanggar peraturan negara itu. "Video itu dengan jelas memaparkan perlakuan seksual yang tidak boleh diterima komuniti tempatan dan sesiapa yang dikesan boleh dikenakan tindakan," katanya. -AFP