SEORANG gadis belasan tahun didakwa menggantung diri di dalam balai polis Tilak Vihar di Titlak Nagar, Delhi, India pada awal pagi Ahad. Remaja itu berusia dalam lingkungan antara 16 dan 18 tahun. Ibu gadis terbabit mendakwa jiran mereka memberi tekanan kepada mangsa supaya berkahwin dengan anak mereka. Sebelum ini, ibu mangsa sekeluarga enggan mengahwini anak mereka yang masih muda dengan lelaki berkenaan. Menurut keluarga gadis tersebut, mangsa tidak pulang sehingga 10.30 malam Sabtu. Mereka mendakwa lelaki berkenaan telah menculiknya dan datang ke rumah keluarganya untuk mendapatkan kepastian, sebaliknya dihalau. Bagaimanapun, pada kira-kira pukul 2.30 pagi, keluarga mangsa menerima panggilan daripada balai polis Tilak Vihar. Abang-abang gadis itu memberitahu, sebaik mereka tiba di balai, polis mengunci mereka di dalam sebuah bilik, manakala adik mereka di sebuah bilik lain. Tambah mereka, selepas menemui adik mereka dalam keadaan menggantung diri pada kipas, selepas membuka tingkap di antara kedua-dua bilik. Abang-abang mangsa mendakwa insiden bunuh diri dapat dielakkan sekiranya polis membiarkan mereka bertemu dengan mangsa. - India Today