suria

Hati-hati bergurau di Facebook

SEORANG ibu mendedahkan anaknya mati dicekik selepas memuat naik status gurauan di Facebook.

Helen Godden dihantui trauma media sosial selepas nyawa anak lelaki kesayangannya, Carl Gregory berakhir.

Pemuda berusia 20 tahun itu memuat naik gambar lucah (arca kemaluan lelaki) kepada bekas teman wanita dengan kapsyen: "Berapa ramai wanita boleh lupakan bekas."

Gurauan yang dianggap menghina itu membawa kepada pembunuhannya.

Carl dicekik di kawasan parkir kereta di sebuah pusat membeli belah, malah kepalanya juga dipijak pembunuh.

Berikutan kejadian itu, Helen,46, tidak mahu ada keluarga lain yang mengalami situasi kehilangan anak sepertinya.

Jelas Helen, walaupun media sosial boleh membuat orang bersatu, tetapi ia juga satu tempat bahaya jika gurauan menyebabkan dendam.

"Perkataan di laman sosial boleh membawa kepada aksi sebenar dengan akibatnya. Kematian Carl adalah sia-sia dan kami perlu hidup dalam kesedihan itu.

"Orang kata dia sekarang berada di tempat yang lebih baik, tetapi tidak. Tempat yang lebih baik di sini - bersama kami," jelas Helen.

Selain itu, polis telah menahan dua lelaki berkaitan kes tersebut.

Facebook, gurau, bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut