suria

Sanggup laku apa sahaja demi miliki punggung terbesar

SEORANG model sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan punggung paling besar di dunia.

Demi mencapai misinya mempunyai punggung paling besar, Natasha Crown sanggup melakukan apa sahaja termasuk menaikkan berat badan suaya doktor boleh menampung lemak itu di bahagian punggungnya.

Graduan jurusan ekonomi dari Gothenburg Sweden mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak termasuk pizza, pasta dan enam kilo Nutella dalam tempoh sebulan untuk mencapai impiannya itu.

"Saya akan melakukan apa sahaja untuk mempunyai punggung paling besar di dunia," ujarnya.

Crown,24, yang mempunyai laman Instagramnya sendiri memperolehi pendapatan menerusi penjualan filem dan gambar punggungnya ke seluruh dunia.

Dia kini mempunyai berat badan 133 kilogram dengan ketinggan 152cm.

Dia mula menjalani pembedahan berkaitan dengan itu sejak berusia 20 tahun.

"Ketika remaja, bahagian bada saya berubah - buah dada dan punggung saya semakin membesar. Saya sangat suka bentuk badan ini," tambahnya.

punggung besar, model

Artikel Sebelum

Artikel Lain