suria

Ratu Elizabeth berang tular berita palsu kematian Putera Philips

RATU Elizabeth berang apabila mendapat khabar adanya penularan berita palsu berhubung kematian suaminya, Putera Philip.

Semuanya bermula apabila petugas istana bertanya khabar mengenai suaminya yang berusia 97 tahun itu.

Sebaik mendapat tahu mengenai perkara itu, Ratu Elizabeth terus menghubungi Duke of Edinburgh bagi membincangkan kaedah untuk menangani perkara itu.

Situasi agak sukar kerana ketika kejadian, pasangan diraja itu berjauhan apabila Ratu Elizabeth sedang bercuti di Balmoral, manakala suaminya berada di Sandringham.

Bagaimanapun, menurut sumber kepada The Sun, selepas berbincang kedua-duanya menganggap sukar untuk bertindak terhadap pihak yang menularkan berita kematian itu.

"Yang pasti mereka menganggap ia sesuatu yang menjengkelkan," kata sumber itu.

Malahan, Ratu Elizabeth juga berpendapat tindakan menghebahkan kematian seseorang, sedangkan ia tidak benar adalah perbuatan yang mengaibkan.




Ratu Elizabeth, Putera Philip

Artikel Berikut

Artikel Lain