suria

Sekurang-kurangnya 49 cedera dalam kejadian jet terhempas

SERAMAI 85 penumpang cedera selepas jet yang dikendalikan oleh Aeromexico jenis Embraer terhempas dalam kejadian hujan lebat di utara Mexico.

Insiden berlaku ketika jet tersebut dari Lapangan Terbang Durango Mexico pada Selasa.

Pesawat itu jatuh di kawasan padang dalam keadaan baik sebelum ia mula terbakar.

Namun, pihak berkuasa berkata, semua penumpang sempat menyelamatkan diri masing-masing.

Gabenor Durango, Jose Aispuro pada asalnya menulis di Twitter: "Disahkan tiada kemalangan jiwa berlaku," tetapi beliau kemudian berkata bahawa pihak berkuasa memeriksa pesawat yang terbakar tersebut untuk memastikan tiada mangsa terperangkap.

Pasukan penyelamat dan anggota bomba dilihat di lokasi pesawat Aeromexico terhempa. - AP

Aispuro berkata, seramai 49 mangsa telah dimasukkan ke hospital.

Beliau berkata, beberapa penumpang keluar dari kawasan itu manakala segelintir yang lain kembali ke Lapangan Terbang Durango untuk mencari saudara mereka.

Pengarah agensi pertahanan awam Durango, Israel Solano Mejia memberitahu Foro TV bahawa pesawat tersebut terhempas tidak jauh dari penghujung landasan lapangan terbang.

"Mangsa yang paling teruk mengalami kecederaan ialah juruterbang.

"Tetapi kebanyakan penumpang lain berjaya menyelamatkan diri mereka tanpa bantuan pihak ketiga," katanya.

Laman web Planespotters.net menyatakan, pesawat saiz sederhana yang dihasilkan oleh Brazil itu berusia 10 tahun dan pernah terbang bersama dua syarikat penerbangan lain sebelum menyertai Aeromexico. - TRT World

pesawat terhempas

Artikel Lain