suria

Kecoh telefon bimbit terbakar dalam pesawat

Sebuah telefon bimbit terbakar di dalam pesawat mengakibat para penumpang terpaksa dipindahkan.

SEBUAH pesawat Ryanair terpaksa melakukan pemindahan kecemasan selepas sebuah telefon bimbit terbakar.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang El Prat di Barcelona, Sepanyol bagi penerbangan ke Ibiza.

Rakaman video yang menunjukkan peranti tersebut terbakar dikongsi di media sosial.

Dalam insiden itu, para penumpang kemudian diarahkan keluar dari pesawat menggunakan gelongsor tiup.

Selain kedengaran jeritan para penumpang, rakaman tersebut turut menunjukkan mereka dalam keadaan panik apabila peranti tersebut mengeluarkan asap di dalam pesawat.

Kesemua penumpang dibawa ke Terminal Satu lapangan terbang itu sementara menunggu untuk menaiki penerbangan lain, manakala bagasi mereka dipindahkan ke penerbangan baharu.

Seorang jurucakap Ryainair Sepanyol berkata: "Semua penumpang bagi penerbangan dari Barcelona ke Ibiza dipindahkan menerusi kecemasan di Lapangan Terbang El Prat di Barcelona kerana kebakaran sebuah telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan bateri tambahan."

Penumpang yang memiliki telefon bimbit berkenaan dikatakan dari New Zealand.

Telefom bimbit tersebut disimpan di dalam sebuah beg yang diletakkan di ruang penyimpanan dalam kabin. - Mirror Online UK


Artikel Lain