suria

Aksi lucah remaja sekolah atas motosikal terima padah

PASANGAN remaja yang dirakam melakukan aksi lucah di atas sebuah motosikal dipanggil ihak berkuasa di Phuket.

Beberapa keping gambar pasangan kekasih itu melakukan adegan lucah dirakam dan menjadi tular di media sosial.

"Mahu menjadi popular, ini yang kita lihat" jelas kapsyen gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook.


Gambar tersebut menunjukkan pasangan lelaki dan perempuan berpakaian seperti baju sekolah menaiki sebuah motosikal di sebuah jalan di pusat bandar itu.

"Kami difahamkan gambar-gambar tersebut sudah dikongsi di media sosial Phuket.

"Ramai orang kurang senang dengan adegan itu. Ketua Polis  Sompong Tiparpakun  menghubungi mereka untuk mengambil keterangan.

"Kami kenal mereka dan sudah menghubunginya," jelas Timbalan Komander Polis Daerah Phuket, Sermpan Sirikong.

Phuket, adegan lucah

Artikel Sebelum

Artikel Lain