SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun di Devon, England yang mengalami isu personaliti dan rakan sebaya, bertindak membunuh diri, menurut prosiding inkues. Sebelum kejadian, mangsa, Ellie Phillips membuat carian dalam talian mengenai cara-cara membunuh diri dan menulis pengebumiannya sendiri. Inkues diberitahu bahawa pemain hoki itu mengalami isu di sekolah dan rakan-rakan sebayanya. Ibu mangsa, Michelle memberitahu koroner bahawa Ellie seorang yang berfikiran negatif dan suka bersendirian. Michelle turut memberitahu bahawa Ellie amat ketagih dengan telefon pintar iPhone. Pada hari kematiannya, dia bercakap mengenai individu-individu yang tidak disukainya. Malah, dia tidak menyembunyikan dirinya tetapi memainkan muzik dengan kuat sebelum menggantung dirinya. Ellie kemudian dijumpai ibunya dan cuba menyelamatkan anaknya itu tetapi remaja berkenaan meninggal dunia di hospital di utara Devon. Bedah siasat membuat kesimpulan bahawa mangsa meninggal dunia kerana menggantung diri. - Mirror Online UK