suria

Saingan empat penjuru, remaja 14 tahun antara calon gabenor

NEW YORK: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan bertanding atas tiket Parti Demokratik bagi merebut jawatan gabenor Vermont.

Undang-undang mewajibkan calon bagi jawatan itu hanya perlu menetap di Vermont sekurang-kurangnya selama empat tahun.

Malah, tiada had umur ditetapkan bagi mereka yang ingin bertanding jawatan berkenaan.

“Secara jujurnya kita perlu melihat kembali perkara itu (had umur)," kata penyandang jawatan gabenor dari Parti Republikan, Phil Scott.

Remaja lelaki terbabit, Ethan Sonneborn, bakal ditentang calon gabenor trangender pertama Amerika Syarikat, Christine Hallquist, veteran tentera laut dan pencinta alam sekitar, James Ehlers, serta pengarah eksekutif festival tarian, Brenda Siegel.

Sonneborn mendakwa memperjuangkan nasib keluarga kelas pertengahan dan golongan pekerja dan mahu melaksanakan pembaharuan dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan serta pembangunan ekonomi.

“Saya rasa, saya adalah calon terbaik bagi mewakili perubahan yang kita amat perlukan,” katanya ketika berkempen. - AFP


Vermont, gabenor

Artikel Lain