SEORANG anggota polis muncul wira apabila menyelamatkan seorang wanita daripada jatuh ke landasan dan terperosok di bawah gerabak kereta api yang sedang bergerak agak laju. Wanita itu telah jatuh tergelincir dan kakinya tersekat dalam jurang antara kereta api dan platform di sebuah stesen kereta api di India. Rakaman CCTV menunjukkan polis berkenaan berlari untuk menolong wanita itu dan berjaya menyelamatkan nyawanya dengan cara mengheretnya ke platform. Insiden berlaku di Stesen Keretapi Maninagar di Ahmedabad, Gujarat, India, pada 10 Ogos. Wanita itu, yang belum dikenal pasti, cuba menaiki kereta api Jabalpur-Somnath Express ketika ia mula bergerak ke Somnath. Tidak dapat mencapai cengkaman kerana kereta api sudah bergerak, dia terjatuh dan nyaris terperosok ke bawah keretapi. Pengawas keretapi, Sanjay Bawne, yang mengawasi stesen itu ternampak kejadian itu dan segera berlari ke arahnya sebelum menariknya dengan bantuan beberapa lelaki lain di atas platform. Wanita itu nyata terkejut dan tidak dapat bercakap apa-apa. Dia hanya mahu bertemu dengan keluarganya. Selepas kejadian, kereta api diberhentikan dan dia yang tidak cedera teruk dapat naik kenderaan itu untuk bersama keluarganya. -timesofindia