JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.5 pada Skala Richter menggegarkan wilayah Pulau Sumatera Utara, pagi Khamis. Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku 10.20 pagi waktu Indonesia Barat. Pusat gempa itu berlaku perairan Teluk Dalam di kedalaman 10 kilometer, iaitu 65 kilometer dari Tenggara Nias Selatan. Menurut BMKG, gempa itu tidak berpotensi tsunami. Setakat ini belum terdapat maklumat berkenaaan kesan gempa bumi itu terhadap penduduk di sekitar Pekan Baru dan Padang di Pulau Sumatera itu.- Bernama