suria

Dua malam tidur di kaki lima, pesara puas hati angkut berdozen kotak abalone

DUA malam tidur di luar Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong memang berbaloi buat pesara, wanita ini apabila menjadi pengunjung pertama Ekspo Makanan pada pagi Khamis.

Wanita berusia 75 tahun itu menerima habuan yang nilainya antara HK$7,000 dan HK$8,000, iaitu 26 kotak abalone.

Ianya hasil permainan yang disertai May Chan sebaik memasuki ruang ekspo berkenaan dengan hanya membayar HK$1.

"Saya terlalu gembira. Saya akan berkongsi hadiah ini dengan ahli keluarga yang lain," katanya.

Selain Chan, ratusan pengunjung turut berbaris bagi memasuki ruang pameran pada hari pembukaan Ekspo Makanan ke-29 itu.

Program tahunan itu menawarkan potongan harga pelbagai produk makanan.

Chan tidak keseorangan kerana Maggie Ho, 40-an juga semalaman di kaki lima luar pusat pameran itu semata-mata untuk mendapatkan habuan kotak abalone itu.

"Ini kali pertama datang awal untuk masuk ke ekspo bagi mendapatkan produk makanan pada harga murah," katanya.

Bertuah bagi Tony Lai, 29 yang juga menyertai permainan yang diadakan dan memenangi bekalan kek bulan perisa durian selama 30 tahun bernilai HK$24,240.

"Saya hanya bernasib baik dan kebetulan memang sukakan durian, tentu sekali ia akan dikongsi bersama keluarga," katanya.


abalone, May Chan

Artikel Lain