SEORANG lelaki yang memakai kostum watak pari-pari Tinkerbell diarahkan keluar dari sebuah pesawat Ryanair di Lapangan Stansteed di London. Menurut laporan Mirror Online, lelaki berpakaian ketat warna hijau muda lengkap dengan 'sayap' itu diiring keluar oleh polis kerana tindakannya itu. Seorang jurucakap syarikat penerbangan itu berkata, dua lelaki, kedua-dua penumpang bagi penerbangan ke Krakow, Poland diarahkan keluar dari pesawat pagi Jumaat. Seorang penumpang menulis di Twitter berkata, seorang pegawai polis mengalihkan 'sayap' yang dipakai seorang lelaki, manakala seorang lagi lelaki yang berpakaian seperti watak kartun Bob the Builder berkelakuan sangat baik. Seorang jurucakap Polis Essex berkata, anggotannya memberikan bantuan di Lapangan Terbang Stansted sekitar pukul 10 pagi Jumaat. "Kedua-dua lelaki itu menjadi gangguan dalam pesawat," kata jurucakap itu. "Mereka diminta untuk bekerjasama, keluar dari pesawat itu. "Kedua-dua mereka diberikan penerbangan lain untuk ke destinasi mereka," tambahnya. - Mirror Online UK