suria

Pedofilia 'ganas' sorok seluar dalam, sarung tangan getah cegah kehamilan dalam dinding

-foto SWNS

SEORANG pedofilia dihukum penjara 28 tahun selepas polis menemui sarung tangan getah yang digunakannya untuk merogol kanak-kanak disumbat dalam dinding.

Anthony Wood, 30, menggunakan sarung tangan sebagai satu langkah pencegahan kehamilan ketika melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak selama beberapa tahun.

Dia mengugut untuk membunuh kanak-kanak terbabit jika mereka mendedahkan tentang perbuatannya kepada orang lain, mahkamah diberitahu.

Penyiasat menemui berpuluh-puluh sarung tangan getah di dalam dinding sebuah bilik bawah tanah berserta seluar dalam yang disumbat di siling sebuah rumah yang digeledah pada November 2017.

-foto SWNS

Bukti forensik itu membantu kes terhadap Wood dibuka, yang didakwa dengan 18 kesalahan termasuk lapan tuduhan merogol seorang budak lelaki berusia 15 tahun, tujuh tuduhan merogol seorang budak perempuan berumur 15 tahun dan tiga tuduhan serangan dengan menyentuh seorang budak perempuan berusia 13 tahun.

Mahkamah mendengar dia adalah seorang lelaki yang 'ganas dan kasar' dengan polis menyatakan bahawa dia tidak pernah mempunyai tanda-tanda untuk mengaku apa yang telah dilakukannya.

-foto SWNS

Wood, dari Nottingham, telah dipenjara selepas didapati bersalah pada 14 Ogos selepas perbicaraan selama tujuh hari dan dijatuhi hukuman di Mahkamah Crown Nottingham.

Dia menjalani hukuman penjara 28 tahun.

Bercakap selepas hukuman dijatuhkan, Detektif KOnstabel Cherie Sisson berkata: "Wood adalah orang yang ganas, kasar dan suka memanipulasi kerana keinginan kuasa.

"Sepanjang wawancara dia tidak menunjukkan sebarang emosi dan cuba menyatakan bahawa itu semua adalah satu pembohongan rumit.

"Dia tidak pernah mempunyai susila untuk mengakui apa yang telah dilakukannya, dia tidak pernah menunjukkan penyesalan kerana memusnahkan zaman dua kanak-kanak.

"Saya tidak pasti mengapa Wood mengaku tidak bersalah, tetapi saya gembira kerana hakim berpandukan keterangan bukti yang besar dan saksi kedua-dua mangsa," katanya. -MetroUK

pedofilia, bukti, sarung tangan

Artikel Berikut

Lombok terus bergoncang

Artikel Lain