VIDEO seks yang tersebar menerusi aplikasi mudah alih, WhatsApp bukan melibatkan seorang pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, sekali gus menolak tuduhan liar yang kini tular. Rakaman video itu menunjukkan aksi panas antara seorang lelaki bersama dua wanita muda. Para peminat membuat spekulasi mengenai video tersebut memaparkan seorang lelaki yang sudah berkahwin, yang juga bintang bola sepak. Bagaimanapun, kelab pemain bola sepak yang didakwa tampil menafikan dakwaan berkenaan, dengan mengatakan lelaki di dalam video tersebut bukan anak buah mereka. Klip video berdurasi dua minit itu menunjukkan perbuatan tidak senontoh, turut memaparkan individu keempat yang merakamkan aksi tersebut. Pemain bola sepak yang didakwa, yang tidak mahu dinamakan atas sebab perundangan, tidak mengulas mengenai penyebaran video yang memaparkan indvidu yang mendakwa dirinya. - Mirror Online UK