BEKAS pelajar di sebuah universiti didakwa menyamar sebagai doktor di sebuah hospital kanak-kanak. Ariya Ouskouian, 23, dari Irvine, California didakwa melakukan perbuatan itu sebanyak tujuh kali di Hospital of Orange (CHOC), khas untuk kanak-kanak antara 23 April dan 4 June lalu. Menurut laporan, bekas pelajar Universiti of California itu turut memberi nasihat kepada pesakit yang mengalami ketumbuhan di leher semasa di bilik konsultasi di universiti tersebut. Pada Selasa, dia didakwa menyediakan diagnosis perubatan semasa menyamar sebagai doktor perubatan. Detektif berkata Ouskouian berjaya masuk ke hospital itu dengan memberitahu pengawal keselamatan bahawa dia kehilangan lencana keselamatannya. Dia kemudian akan meminta lencana sementara untuk mengakses ke tingkat yang dikawal ketat di hospital tersebut. Kakitangan hospital akhirnya curiga apabila Ouskouian tersalah menyebut nama salah seorang daripada mereka. Mereka segera menghubungi polis dan memaklumkan hospital lain dan Ouskouian ditahan pada Selasa lalu. Motif lelaki tersebut menyamar sebagai doktor masih tidak diketahui. Dia ditahan di Penjara Orange County dan diikat jamin sebanyak $20,000 pada Rabu. Jika didapati bersalah, lelaki itu boleh dipenjara selama 11 tahun.