suria

Putera Harry pakai gelang sama selama 20 tahun, di sebaliknya kisah tragik menyayat hati

Putera Harry (kiri) memakai gelang kesayangannya semasa membuat pengumuman rasmi mengenai pertunangannya dengan Meghan (kanan). Foto Daily Mirror

SEWAKTU khabar angin mengenai Putera Harry mula menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Meghan Marke tersebar, terdapat sesuatu yang menjadi perhatian.

Bakal pengantin perempuan dilihat memakai gelang manik biru, yang hampir menyamai dengan gelang yang dipakai Putera Harry.

Sejak itu, gambar kedua-dua gelang pasangan itu tular dan menjadi perhatian ramai.

Namun yang lebih mencuri tumpuan adalah seutas lagi gelang yang dipakai Putera Harry, dikatakan dipakainya selama lebih 20 tahun.

Di sebalik gelang tersebut, terdapat satu kisah yang menyayat hati, malah begitu penting buat putera Britain itu.

Putera Harry sering memakai gelang, terutama pada acara penting seperti sukan polo, hari keputusan peperiksaan dan gambar rasmi sekolah, termasuk hari istimewanya pada hari perkahwinan bersama Meghan, Mei lalu.

Business Insider melaporkan, dipercayai beliau mendapat gelang tersebut semasa lawatan ke Afrika pada 1997, sejurus selepas tragedi yang mengorbankan ibunya, Puteri Diana.

Menerusi temuramah sebelum ini, Putera Harry berkata: "Saya pertama kali (ke Afrika) pada 1997, sejurus selepas ibu meninggal dunia.

"Ayah beritahu abang dan saya supaya mengemaskan pakaian, kami pergi ke Afrika untuk mendapatkan ketenangan." - Mirror Online UK

Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Lain