suria

Rambut gaya mohawk dianggap berbahaya, budak 6 tahun dilarang ke sekolah

HANYA kerana rambut, seorang budak lelaki berusia enam tahun dilarang ke sekolah kerana bimbang boleh mencederakan kanak-kanak lain.

Ibu muda berusia 26 tahun yang berang dengan keputusan pihak Sekolah Rendah Drayton Park di Bletchley, Milton Keynes itu berkata, segalanya berpunca daripada gaya rambut punk anaknya, Charlie Chafer.

Kirstie-Lea Day berkata, dia dipanggil ke sekolah dan dimaklumkan anaknya hanya boleh ke sekolah selepas menukar gaya rambutnya.

Tambah ibunya lagi, ada guru yang mencadangkan supaya rambut anak lelakinya dengan gaya 'pacak' setinggi empat sentimeter itu dicukur.

"Tidak adil untuk Charlie menjadi murid tunggal yang rambutnya perlu dicukur, sedangkan gaya rambut mohawk anaknya itu kemas dan tidak membahayakan pelajar lain," katanya.



Kristie yang juga ibu kepada dua lagi anak berusia lapan dan empat tahun mendakwa pihak sekolah juga menyarankan supaya menggunakan air untuk memastikan rambut anaknya disikat rata.

Dia yang memikirkan untuk memindahkan anaknya ke sekolah lain menambah, pihak sekolah juga menganggap gaya rambut anaknya itu tidak sesuai dan boleh mengganggu pelajar lain.

Selepas beberapa hari tidak ke sekolah, akhirnya Charlie masuk ke kelas tanpa menggunakan sebarang krim rambut, tetapi gurunya tetap membasahkan rambut budak lelaki itu dan meratakannya.

Alasan pihak sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar kelihatan sama, walaupun realitinya ada yang mempunyai pelbagai gaya rambut.-Metro.uk.co



mohawk, Charlie

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain