PERCUBAAN sepasang warga emas untuk memarkir kereta berakhir dengan insiden lucu apabila ia ditemui berada di dalam sebuah kolam renang. Jabatan Bomba dan Penyelamat Maryland's Montgomery County berkata, kereta itu yang digunakan untuk sesi latihan pemanduan ditemui dalam sebuah kolam di tengah bandar. Kejadian lucu itu dikatakan berlaku akibat kesilapan sewaktu pemandu cuba memarkir kereta berkenaan. Foto kejadian yang dikongsi di Twitter menunjukkan kereta itu separuh tenggelam di dalam kolam di Pusat Komuniti Greek Utara yang kini ditutup seketika. Pete Piringer, jurucakap pusat itu berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan dua individu yang berusia dalam lingkungan 50-an dan 60-an itu berjaya keluar dari kenderaan tanpa bantuan sesiapa. Pihak polis Gaithersburg juga sedang menyiasat insiden itu. - FoxNews.