SEKEPING gambar yang menunjukkan bangkai seekor kura-kura dikeluarkan dari vagina seorang wanita menjadi tular di media sosial. Seorang doktor di sebuah hospital di Mojon de Arona, selatan Tenerife, Pulau Canary terkejut dengan apa yang dilihatnya pada Sabtu selepas seorang wanita berusia 26 tahun mengadu mengalami kesakitan yang teruk di vaginanya. Apabila melakukan pemeriksaan, doktor tersebut menemui bangkai seekor kura-kura di dalam vagina wanita terbabit. Susulan itu, doktor terbabit menghubungi polis yang bertindak mengambil keterangan daripada wanita warga Britain itu. Wanita tersebut memberitahu dia keluar berparti di kawasan pantai Fanabe pada sebelah malam tetapi tidak ingat apa yang berlaku selepas itu. Pantai Fanabe, lokasi wanita terbabit berparti. Menurut sumber, haiwan itu dipercayai dimasukkan ke dalam vagina wanita terbabit sama ada oleh dirinya sendiri atau orang lain. Malah sumber itu berpendapat adalah mustahil haiwan itu boleh masuk ke dalam vagina wanita terbabit dengan sendiri. Difahamkan wanita itu enggan membuat aduan dan tidak pasti sama ada dia menjadi mangsa serangan seksual. Analisis mendapati kura-kura tersebut merupakan spesies air tawar yang biasanya dijual di kedai haiwan. Spesimen yang ditemui di dalam vagina wanita itu masih lagi 'bayi' dan boleh membesar sehingga 18 sentimeter apabila matang. Siasatan masih lagi dijalankan selepas gambar bangkai seekor kura-kura berdarah tersebar menerusi aplikasi WhatsApp. Gambar tersebut turut disiarkan beberapa portal berita antarabangsa.